suria

Militan Pakistan Serang Kompleks Mahkamah, Tiga Maut

PESHAWAR, Pakistan: Seorang pegawai kanan kerajaan berkata, kumpulan militan mengadakan serangan ke atas sebuah kompleks mahkamah di barat laut Pakistan, yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang.

Mian Iftikar Hussain berkata, kumpulan yang melakukan serangan terhadap kompleks itu di bandar Peshawar pada Isnin turut melibatkan sekurang-kurangnya seorang pengebom berani mati, yang mengadakan letupan.

Sekurang-kurangnya 23 orang cedera dalam serangan itu.

Hussain merupakan menteri penerangan dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Beliau berkata, penyerang kemungkinan cuba untuk membebaskan rakan-rakan militannya yang dipenjarakan dalam premis berkenaan.

Beliau berkata, maklumat awal menyatakan kumpulan militan itu telah menjadikan beberapa orang sebagai tebusan, dan pertempuran sedang berlaku.

Seorang pegawai polis tempatan, Mohammad Arshad Khan berkata, seorang hakim wanita merupakan antara yang tercedera. - AP

Artikel Lain