suria

Tiga Angkasawan Ke Stesen Angkasa Kembali Ke Bumi

MOSCOW: Kapsul kapal angkasa Soyuz yang membawa angkasawan Amerika dan dua angkasawan Rusia telah mendarat di padang rumput Kazakhstan, membawa pulang tiga lelaki ke Bumi selepas misi 144 hari ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Seorang pengulas di NASA TV berkata beberapa helikopter pencari dan pemulih menghampiri tapak pendaratan, tetapi hanya dua daripada 12 pesawat yang dibenarkan mendarat kerana awan berat dan kabus tebal.

Suhunya di atas takat beku.

Angkasawan NASA, Kevin Ford dan Oleg Novitsky serta Yevgeny Tarelkin dari Rusia dijadualkan kembali pada Jumaat, tetapi pendaratan ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Kapsul buatan Rusia ini mendarat pada Sabtu kira-kira pukul 9.10 pagi waktu tempatan (0410gmt).

Artikel Lain