suria

Sekatan Baru Jejas Dagangan Sirip Ikan Yu

HONG KONG: Sekatan dalam perdagangan global bagi lebih banyak spesies ikan yu akan menjejaskan pasaran ikan yu di Hong Kong, yang sudah pun terjejas oleh serangan berterusan daripada orang yang berkempen anti sirip ikan yu.

Keingkaran pedagang sirip itu mengakibatkan kesan sekatan itu adalah minimum apabila mereka mahu terus mengimport spesies lain yang tidak dilindungi oleh perjanjian Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam (CITIES).

Satu kumpulan anti sirip tempatan memberi amaran mengenai pendekatan itu, yang bermatlamat untuk melindungi ikan yu putih, jenis porbeagle dan tiga jenis hammerhead, yang mana sukar untuk dikuatkuasakan.

Tetapi para pedagang di bandar selatan China itu, yang merupakan salah satu pasaran terbesar dunia bagi sirip ikan tu menggunakan sup gelatin yang mahal, sudah pun menderita ekiran daripada kempen alam sekitar yang berjaya.

Perangkaan baru menunjukkan import sirip ikan yu merosot mendadak pada tahun lepas kepada 3,351 tan daripada 10,340 tan pada 20111, selepas hotel-hotel utama Hong Kong dan restoran mengeluarkannya daripada menu hidangan mereka. - AFP

Artikel Lain