PM Ucap Tahniah Kepada Pope Francis I

Pope Francis I
Pope Francis I
Pope Francis I

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengutuskan ucapan tahniah kepada Pope Francis I atas pelantikan beliau sebagai pemimpin baharu Gereja Roman Katolik sedunia.

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, khususnya penganut Roman Katolik, saya dengan sukacita mengucapkan tahniah atas pelantikan Yang Berbahagia Tuan sebagai pemimpin tertinggi Gereja Roman Katolik ke-266," katanya dalam perutusan kepada pemimpin tertinggi gereja Roman Katolik itu, yang salinannya dihantar kepada Bernama di sini.

Perdana Menteri juga melahirkan harapan agar hubungan diplomatik antara Malaysia dan Holy See kerajaan universal Gereja Katolik yang ditubuhkan pada 2011, akan terus berkembang dan kukuh di bawah kepimpinan Pope Francis.

"Hubungan dua hala antara kita semakin berkembang sejak terjalinnya hubungan diplomatik yang penuh bersejarah pada 2011. "Saya dengan ikhlas berharap agar di bawah kepimpinan yang Berbahagia Tuan, hubungan mesra dan akrab antara kita akan terus berkembang dan semakin kukuh," katanya. Najib berkata Malaysia berminat bekerjasama dengan Holy See untuk memupuk persefahaman dan keharmonian antara pelbagai agama melalui inisiatif Malaysia untuk memupuk sifat kesederhanaan dikenali sebagai Gerakan Kesederhaaan Global.

Pope Francis, yang nama sebenarnya Jorge Mario Bergoglio, 76, dari Argentina, dipilih sebagai pemimpin tertinggi Gereja Roman Katolik ke-266 semalam dan merupakan Pope pertama yang bukan berbangsa Eropah dalam tempoh hampir 1,300 tahun.

Beliau menggantikan Pope Benedict XVI, yang meletak jawatan pada 28 Feb lepas setelah hamir lapan tahun menyandang gelaran itu - paus pertama yang berbuat demikian dalam tempoh 600 tahun. -BERNAMA

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia