suria

Pengasas Khmer Rouge, Ieng Sary Meninggal Dunia

Ieng Sary
Ieng Sary
Ieng Sary

PHNOM PENH: Pengasas bersama pergerakan kejam Khmer Rouge, Ieng Sary, yang bersama beberapa pemimpin lain dibicarakan atas tuduhan membunuh 1.7 rakyat Kemboja, meninggal dunia pagi Khamis.

Beliau berusia 87 tahun dan kesnya tidak sempat untuk ditamatkan.

Ieng Sary dibicarakan menerusi tribunal antarabangsa bersama dengan kerajaan Kemboja yang turut membabitkan dua lagi bekas pemimpin Khmer Rouge, Nuon Cheadan Khieu Samphan.

Kedua-dua mereka juga berusia dalam linkungan 80-an dan dikhuatiri tidak sempat menjalani hukuman atas tudahan jenayah perang.

Isteri Ieng Sary, Ieng Thirith yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Sosial, tidak dihadapkan ke mahkamah tahun lalu kerana menghidap Alzheimer, iaitu sejenis penyakit mental.

Jurucakap tribunal, Lars Olsen, mengesahkan kematian Ieng Sary. Bagimanapun punca kematiannya tidak dapat disahkan namun dipercayai akibat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau dirawat di Hospital Phnom Penh sejak 4 Mac lalu.

“Kami kecewa kerana kesnya tidak dapat dihabiskan," kata Olsen.

Ieng Sary mengasaskan Khmer Rouge bersama Pol Pot, iaitu abang iparnya.

Rejim komunis itu memerintah Kemboja pada 1975 hingga 1979. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain