suria

Pejabat Kementerian Keadilan Iraq Diserang, 24 Terkorban

BAGHDAD: Kementerian Keadilan Iraq pada Khamis digegarkan beberapa siri letupan oleh sekumpulan penyerang membawa kepada sekurang-kurangnya 24 orang terkorban manakala berpuluh-puluh yang lain cedera.

Menurut polis Iraq pertempuran berlarutan hampir satu jam sebelum berakhir apabila pasukan keselamatan menggempur bangunan dan menembak penyerang.

Serangan berlaku di bangunan kementerian yang terletak di tengah-tengah kota Baghdad, kurang seminggu sebelum ulang tahun ke-10 pendudukan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq, sekali gus menunjukkan kerapuhan faktor keselamatan di negara ini terhadap serangan pemberontak.

Bagaimanapun, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain