suria

Wilayah Kashmir India Diletak Bawah Perintah Berkurung

SRINAGAR: Wilayah Kashmir yang ditadbir India telah diletakkan di bawah perintah berkurung ekoran pembunuhan lima anggota paramilitari dan kematian dua orang awam.

Ketua Polis Kashmir, Abdul Gani Mir berkata, perintah berkurung 24 jam terpaksa dilakukan di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya untuk membolehkan pasukan keselamatan mengetatkan kawalan keselamatan.

Semua sekolah dan pejabat kerajaan turut ditutup manakala University of Kashmir telah menundakan peperiksaan semesternya yang bermula Khamis dan Jumaat.

Satu kumpulan pemisah bernama Hizbul Mujahideen mengumumkan bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut pada Rabu.

Menteri Dalam Negeri India, Sushil Kumar Shinde mendakwa, para penyerang itu adalah berketurunan Pakistan.

Artikel Berikut

Artikel Lain