suria

Remaja 16 Tahun Mengaku Bersalah Sebagai Pengganas

LONDON: Seorang remaja berusia 16 tahun telah mengaku bersalah di sebuah mahkamah majistret di Birmingham, pada Isnin ke atas dua dakwaan keganasan. Nama remaja tersebut dan asal usulnya terpaksa dirahsiakan atas sebab perundangan mengakui memiliki dua jenis bahan peletup iaitu serbuk sulfur dan potasium nitrat. Dia juga mengakui memiliki buku dan rajah mengenai cara-cara membuat bom dan bahan letupan Semteks. Remaja itu telah ditahan 13 bulan yang lalu di bawah Akta Kesihatan Mental.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain