suria

Pilihan Raya Mengejut Presiden Venezuela 14 April

CARACAS: Venezuela mengumumkan pilihan raya mengejut pada 14 April depan bagi memilih pengganti mendiang Hugo Chavez.

Pilihan raya itu kemungkinan bakal menyaksikan saingan sengit antara pemangku Presiden, Nicolas Maduro dan pemimpin pakatan pembangkang, Henrique Capriles.

Majlis Pilihan Raya Kebangsaan menetapkan tarikh itu, iaitu sehari selepas Maduro mengangkat sumpah sebagai pemangku presiden dalam satu majlis yang diboikot pihak pembangkang kerana menyifatkan tindakan itu tidak mengikut perlembagaan.

Sejurus tarikh Pilihan Raya Presiden diumumkan, pakatan pembangkang dengan sebulat suara mengumumkan Capriles sebagai calon mereka, walaupun beliau tewas kepada Chaves pada pilihan raya Oktober tahun lalu. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain