suria

Sharp Meterai Kerjasama Dengan Samsung RM344.79 Juta

TOKYO: Sharp pada Rabu mengumumkan memeterai kerjasama dengan pesaingnya dari Korea Selatan, Samsung dengan modal AS$111 juta (RM344.79 juta), sebagai langkah bagi syarikat Jepun itu untuk berkembang lebih baik.

Sharp, yang perlahan-lahan memperkukuhkan kewangannya berkata, Samsung akan membeli pegangan barunya sebanyak 10.4 bilion yen, atau tiga peratus kepentingan dalam syarikat Jepun, menjadikan pembekal telefon pintar dan tablet sebagai pemegang saham asing terbesar.

Dilaporkan, perjanjian pada Rabu itu menyebabkan pegangan Sharp meningkat lebih 17 peratus dalam dagangan awal sebelum berakhir pada 14.04 peratus lebih tinggi.

Samsung meningkat kepada 0.65 peratus.

Pakatan itu mengumumkannya selepas pasaran Tokyo dan Seoul ditutup. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain