suria

Kadar Pengangguran Turki Menurun

ANGKARA: Kadar pengangguran Turki menurun kepada 9.2 peratus daripada tenaga kerja pada tahun lepas, dari 9.8 peratus pada 2011, menurut satu data rasmi yang ditunjukkan pada Rabu.

Bilangan penganggur menurun sebanyak 97,000 menjadikan 2.51 juta dalam tempoh setahun, kata institut perangkaan dalam laman webnya.

Walaupun menurun, pengangguran pada 2012 masih kekal tinggi berbanding sasaran kerajaan sebanyak 9.0 peratus.

Pengangguran masih menjadi cabaran utama bagi kerajaan Turki dalam sebuah negara di mana ramai golongan muda memasuki alam pekerjaan setiap tahun. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain