suria

Pesawat Peribadi Bawa David Copperfield Mendarat Cemas

PEORIA (Illinois): Sebuah pesawat peribadi yang membawa ahli silap mata terkenal, David Copperfield terpaksa melakukan pendaratan cemas ketika penerbangan dari Las Vegas ke New York di Illinois.

Pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Peoria berkata pesawat dinaiki Copperfield mendarat di Illinois selepas pesawat mengeluarkan bunyi pelik, semalam.

Akhbar Peoria Journal Star melaporkan, Copperfield sepatutnya muncul dalam satu siaran langsung di stesen NBC.

NBC dimaklumkam, pesawat berkenaan mengeluarkan bunyi bising ketika berada pada ketinggian 11,275 meter dan bunyi berkenaan dirakam oleh ahli silap mata berkenaan.

Beliau yang memberikan komen dalam akaun Twitter berkata, bunyi itu amat menakutkan.

Copperfield kemudian mengambil pesawat komersial untuk kembali ke Las Vegas. - AP

Artikel Lain