suria

Penumpang Qantas Dirawat Kerana Kenaikan Suhu Dalam Pesawat

SDYNEY: Suhu yang meningkat dalam kabin pesawat menyebabkan 50 penumpang dan krew terpaksa dirawat kerana tekanan haba pada Isnin dalam penerbangan domestik di Australia, apabila berlaku masalah penghawa dingin.

Penerbangan itu dari Sydney menuju ke pulau Lord Howe yang mengambil masa kira-kira dua jam, tetapi terpaksa berpatah balik.

“Penerbangan QantasLink QF2260 dari Sydney ke Lord Howe kembali ke Sydney disebabkan isu teknikal dengan sistem penyaman udara,” kata jurucakap Qantas dalam satu kenyataan.

“Penumpang dan anak kapal sedang dirawat kerana pendedahan haba di lapangan terbang dan dua penumpang telah dibawa ke hospital.”

Paramedik dipanggil ke Lapangan Terbang Sdyney dan membantu kira-kira 50 penumpang dan krew kerana dehidrasi, kata Perkhidmatan Ambulans New South Wales.

Laporan menyatakan bahawa suhu kabin meningkat kepada 40 darjah Celsius dalam pesawat Dash-8 itu.

QantasLink mengendalikan penerbangan ke lebih 50 bandar dan destinasi serantau di seluruh Australia dan Papua New Guinea. - AFP

Artikel Lain