suria

Pasar Haram Terbakar, 13 Terbunuh

KOLKATA, India: Satu kejadian kebakaran berlaku di sebuah pasar haram di timur India di bandar Kolkata, yang mengorban sekurang-kurangnya 13 orang, kata pegawai tinggi jabatan kebakaran.

Kejadian itu bermula pada awal pagi, waktu tempatan, yang dikatakan berpunca daripada lintar pintas, kata menteri di barat Bengal, Javed Khan.

Beliau berkata, kebakaran itu terkawal, tetapi gas toksik yang dikeluarkan dalam insiden itu menyukarkan usaha menyelamat.

Menurutnya. seramai lapan orang lagi dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan jumlah kematian dijangka meningkat.

Beliau berkata, kawasan beli-belah itu merupakan “sebuah pasar haram, yang tidak disahkan”. - AP

Artikel Lain