suria

Kumpulan Hidupan Liar Gesa Thailand Haramkan Dagangan Gading

BANGKOK: Satu kumpulan pemuliharaan antarabangsa menggesa Thailand untuk mengharamkan pendagangan gading secara domestik, sebagai sebahagian daripada kempen untuk membanteras kecurian gajah di Afrika.

Wakil serantau Dana Hidupan Liar Dunia (WWF), Stuart Chapman menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra pada Rabu bagi menggesa pengharaman itu.

Petisyen berkenaan ditandatangani oleh 500,000 orang dari seluruh dunia.

Walaupun undang-undang Thailand melarang penjualan gading gajah Afrika di negara itu, tetapi gading gajah di negara itu boleh didagangkan.

WWF berkata, daging gajah Afrika didagangkan secara haram di kedai-kedai di negara itu.

Yingluck berkata, Thailand memahami tentang kepentingan pemuliharaan gajah dan memberi jaminan untuk mempertimbangkannya. - AP

Artikel Lain