suria

Kebab Halal Di Switzerland Didapati Dicemari Daging Khinzir

GENEVA: Masyarakat Islam Eropah telah digemparkan dengan satu laporan yang didedahkan oleh sebuah makmal yang berpusat di Switzerland yang mereka telah menemui kesan DNA daging khinzir dalam tujuh daripada 20 ujian yang dijalankan ke atas kebab.

Menurut Majlis Pusat Islam Switzerland (CCIS), ujian itu mendapati terdapatnya kesan daging khinzir di dalam kebab-kebab yang dijual di beberapa buah bandar di negara itu.

CCIS bagaimanapun percaya, kejadian itu bukanlah sesuatu yang disengajakan tetapi berlaku akibat kurangnya pengetahuan mengenai hukum hakam halal ketika dalam proses pembuatan.

Misalnya kata mereka, ada kemungkinan peralatan yang sama digunakan untuk memproses daging khinzir turut digunakan untuk menghasilkan kebab yang sepatutnya halal untuk pasaran umat Islam.

Menurut CCIS lagi, kebab-kebab yang diuji itu telah dijual secara meluas di bandar-bandar seperti Basel, Biel, Geneva, Kreuzlingen, Lausanne, Lucerne, Winterhur dan Zurich.

CCIS mengkomisyenkan ujian tersebut setelah timbulnya kebimbangan dan keraguan ekoran skandal daging khinzir yang ditemui dalam daging kebab di Jerman baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Roket Mendarat Di Bandar Israel

Artikel Berikut

Artikel Lain