suria

Sektor Perbankan India Mungkin Lebih Baik Pada 2015

NEW DELHI: Masalah dalam sistem perbankan India kemungkinan meningkat dalam tempoh 12 bulan ini ekoran pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan pemulihan fiskal yang lembap, demikian menurut laporan Standard & Poor's Rating Services dalam laporannya.

Situasi itu dijangka berubah hanya dalam tahun fiskal berakhir 31 Mac, 2015, katanya dalam laporan yang bertajuk, "India Banking Outlook 2013: More Pain But Relief Might Be On The Way".

Agensi penarafan itu berkata prestasi ekonomi India dan sektor korporat mungkin akan mula pulih dalam tahun fiskal 2014.

Standard & Poor's mengandaikan yang kerajaan mungkin membawa ke hadapan inisiatif pembaharuan sebelumnya, yang boleh memperbaiki keadaan operasi untuk sektor korporat.

Manfaat untuk langkah-langkah ini juga boleh mengalir ke dalam sektor perbankan, katanya. Laporan itu menganalisis faktor-faktor utama yang menjejaskan tinjauan untuk sektor perbankan.

Sementara akses kepada pembiayaan kekal sebagai satu kekuatan untuk bank-bank India, mereka mungkin memerlukan jumlah modal yang besar untuk memenuhi norma-norma Basel III, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Roket Mendarat Di Bandar Israel

Artikel Berikut

Artikel Lain