suria

Gempa Bumi Sederhabna Landa Wilayah Timor

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda Wilayah Timor pada 7.09 malam Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata pusat gempa ialah 476 Km timur laut Kupang, Indonesia dan 1,787 Km tenggara Semporna, Sabah.

Jabatan itu berkata maklumat tambahan mengenai penilaian awal gempa itu akan dikeluarkan. -BERNAMA

Artikel Lain