suria

13 Tentera Chad Terkorban Di Mali

N'DJAMENA: Seramai 13 tentera Chad termasuk 65 anggota militan terbunuh dalam pertempuran sengit di kawasan pergunungan Ifoghas, utara Mali, demikian menurut pegawai tentera Chad pada Sabtu.

“Tentera Chad memusnahkan lima kenderaan dan membunuh 65 anggota militan,” kata pegawai berkenaan.

Jelas beliau, kira-kira 13 tenteranya terbunuh manakala lima yang lain cedera.

Awal bulan ini, kira-kira 1,800 tentera Chad diarahkan berkawal di utara Kidal bagi memastikan keselamatan di kubu kuat kumpulan militan.

Lebih 2,000 tentera Chad berikrar untuk campur tangan di Mali yang diterajui AFISMA.

Artikel Lain