suria

Harga Rumah Di Lebih 50 Bandaraya Utama Di China Melonjak Pada Januari

BEIJING: Harga rumah di lebih 50 bandar raya utama di China melihat peningkatan ketara Januari ini berbanding Disember 2012, walaupun kerajaan telah memperkenalkan langkah menenangkan pasaran semenjak 2010.

Harga rumah di 53 bandar raya daripada 70 bandar raya utama China naik sehingga 2.2 peratus pada Januari berbanding Disember, kata Biro Statistik Kebangsaan.

Harga rumah baharu di bandar raya utama termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen masing-masing naik 2.1 peratus, 1.3 peratus, 2.0 peratus dan 2.2 peratus, kata biro itu dalam satu kenyataan.

Pada asas tahun ke tahun, 53 bandar raya mencatatkan peningkatan 4.7 peratus pada Januari berbanding kenaikan 2.4 peratus pada Disember, kata biro itu.

Harga rumah di Guangzhou melihat pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 4.7 peratus diikuti Urumqi dan Beijing, yang mencatatkan kenaikan 3.5 peratus dan 3.3 peratus, setiap satu.

Data itu bagaimanapun menunjukkan harga rumah di Wenzhou, jatuh 10.1 peratus daripada satu tahun lepas, kata biro itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain