suria

Pekerja Syarikat Penerbangan Sepanyol Lancar Mogok

MADRID: Beratus-ratus pekerja syarikat penerbangan Sepanyol, Iberia bertempur dengan pihak polis di Lapangan Terbang Barajas, pada hari pertama kesatuan pekerja melancarkan mogok sebagai membantah tindakan syarikat itu mengurangkan kira-kira 3,800 pekerjaan.

Penunjuk perasaan berkumpul di luar pejabat Iberia dan Terminal 4 lapangan terbang itu sambil melaungkan slogan bantahan serta meniup wisel.

Pihak polis dilapor bertindak memukul penunjuk perasaan yang berada di luar terminal menggunakan belantan.

Lebih 80 penerbangan Iberia terpaksa dibatalkan semalam ekoran mogok berkenaan. - REUTERS

Artikel Lain