suria

Polis Thailand Rampas 1.97 Juta Pil Dadah

BANGKOK: Polis Thailand merampas hampir dua juta pil dadah jenis methamphetamine daripada penyeludup berhampiran dengan utara sempadan negara itu.

Kolonel Polis, Panudet Boonruang pada Jumaat berkata, pihak berkuasa telah menahan tiga lelaki etnik minoriti Hmong selepas mengejar dua trak pikap dekat sempadan Thailand-Myanmar di wilayah Chiang Rai pada malam Khamis.

Polis merampas 1.97 juta pil methamphetamine dan 20 kilogram kristal dadah itu yang disembunyikan di salah sebuah pikap itu.

Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yubumrung pada Jumaat berkata, pihak berkuasa Thailand akan meminta Interpol untuk membantu mengesan pembekal dadah itu di Myanmar.

Thailand merupakan sebuah negara transit untuk penyeludupan dadah secara haram ke pasaran antarabangsa, dengan lebih 15 juta pil methampethamine diseludup melalui utara dan timur laut sempadan negara itu pada 2011. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain