suria

Korea Utara Naik Taraf Pengkalan Roket

WASHINGTON: Korea Utara dalam proses menaik taraf pengkalan roket dan negara itu dilaporkan memperoleh bantuan Iran yang dikatakan membekal beberapa reka bentuk terbaru pembuatan roket.

Dua pangkalan utama pelancaran roketnya dipercayai membolehkan pelepasan roket yang lebih besar.

Perkembangan terbaru itu terkandung dalam laman web 38 North, milik Inatitut Korea-AS di Johns Hopkins School of Advanced International Studies.

Laporan sebuah institut penyelidikan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan Korea Utara sudah melakukan kemajuan yang signifikan bagi melancarkan roket baru di tapak ujian roketnya di Tonghae sejak Oktober tahun lalu di.

Penilaian mengenai perkara itu berdasarkan gambar satelit terbaru yang diperoleh Januari lalu.

Difahamkan, rekaaan terbau itu termasuk perubahan pada dinding pelindung roket daripada eksos yang panas ketika perlepasan, iaitu sama dengan roket yang dilancarkan di Semnan, Iran. Ia belum pernah digunakan oleh Korea Utara sebelum ini. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain