suria

Kabul Mengalu-Alukan Rancangan Pengunduran Tentera AS

KABUL: Kerajaan Afghanistan pada Rabu mengalu-alukan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang mengumumkan bahawa AS akan mengeluarkan seramai 34,000 tentera kembali ke tanah air daripada negara yang dilanda peperangan itu dalam tempoh sehingga tahun depan.

“Kami mengalu-alukan perkara ini,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Jeneral Mohammad Zahir Azimi kepada AFP.

“Kami akan mengambil alih semua tanggungjawab keselamatan menjelang akhir 2013,” katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain