suria

Gempa Bumi Dikesan Di Korea Utara

KAJIAN Geologi Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berkata telah mengesan gempa bumi magnitud 4.9 di Korea Utara, tetapi Pyongyang atau Seoul tidak mengesahkan sama ada Korea Utara telah menjalankan ujian nuklear ketiganya.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata pihaknya cuba menentukan sama ada Korea Utara telah menjalankan ujian nuklearnya.

Letupan nuklear boleh mewujudkan gegaran tetapi ia berbeza daripada yang gegaran yang disebabkan oleh gempa bumi semula jadi.

Korea Utara berikrar untuk terus melancarkan "roket berkuasa jarak jauh," tetapi kenyataan yang dibuat pada Selasa tidak menyebut tentang janji Pyongyang untuk menjalankan ujian nuklear.

AS dan sekutu-sekutunya telah menjadi sasaran sejak Korea Utara, pada bulan lepas berkata akan menjalankan ujian nuklear ketiga sebagai bantahan terhadap sekatan keras pelancaran roket pada Disember lalu.

Suruhanjaya Pertahanan Nasional Korea Utara pada 23 Januari berkata AS adalah sasaran utama untuk ujian nuklear dan pelancaran roket jarak jauh.

Korea Utara menuduh Washington mengetuai dalam desakan menghukum Pyongyang terhdap pelancaran roket pada Disember.

Oktober lalu, seorang jurucakap dari suruhanjaya itu memberitahu media kerajaan bahawa negara ini telah membina sebuah peluru berpandu yang mampu menyerang AS, tetapi tidak memberikan butiran lanjut. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain