suria

Pemimpin Pembangkang Tunisia Mati Ditembak

TUNIS: Pemimpin parti berhaluan kiri Tunisia, Chokri Belaid ditembak mati ketika beliau meninggalkan kediamannya.

Jurucakap Parti Ennahda, Jebali berkata, seorang lelaki bersenjata yang memakai penutup kepala menembak Belaid yang merupaka pemimpin Parti Patriot Demokratik (PPD) sebanyak tiga kali pada jarak dekat.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan penyokong Belaid sehingga berlaku tunjuk perasaan di luar bangunan Kementerian Dalam Negeri.

Sehubungan itu, Ppasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain