suria

Liberty Global Beli Virgin Media Dengan Nilai $23.4 Bilion

NEW YORK: Syarikat pengendali kabel yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Liberty Global pada Selasa berkata akan memiliki Virgin Media melalui penggabungan saham dan wang tunai bernilai $23.4 bilion.

Perjanjian itu diharapkan dapat mewujudkan sebuah "syarikat komunikasi jalur lebar terkemuka di dunia," yang akan meliputi 47 juta rumah dan memberi khidmat kepada 25 juta pelanggan di 14 buah negara, menurut dua kumpulan ini dalam satu kenyataan bersama.

Ia berkata syarikat baru itu akan memberi tumpuan kepada "pasaran terkuat dan paling strategik di Eropah, dengan skala untuk berada di barisan hadapan dalam perubahan teknologi bagi pelanggan."

Virgin Media mempunyai kira-kira tujuh juta pelanggan di Britain, di mana ia menyediakan Internet jalur lebar, perkhidmatan telefon, televisyen dan telefon mudah alih.

Pesaing utamanya adalah penyiar TV satelit berbayar BSkyB.

Aktif di 13 negara, termasuk 11 di Eropah, Liberty Global membeli dua dan tiga operator kabel di Jerman pada tahun 2010 dan 2011 - Unitymedia dan Kabel BW.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain