suria

Benjamin Netanyahu Dicalonkan Sebagai PM Israel

JERUSALEM: Dua buah parti politik dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat telah mencalonkan Benjamin Netanyahu sebagai perdana menteri untuk penggal ketiga - sekaligus membentuk kerajaan baru.

Netanyahu telah dicalonkan secara rasmi oleh partinya sendiri iaitu Parti Likud dan parti baru iaitu Parti Yesh Atid kepada Presiden Shimon Peres.

Sebelum ini, Peres telah pun mengadakan pertemuan dengan kesemua 12 buah parti yang memperolehi kerusi di parlimen untuk menentukan pembentukan kerajaan baru.

Peres dijangka membuat keputusan muktamad mengenai calon perdana menteri Jumaat ini.

Bagaimanapun peluang Netanyahu terbuka luas ekoran kedudukan partinya yang menguasai sebahagian besar kerusi di parlimen.

Sekiranya diterima sebagai perdana menteri, Netanyahu mempunyai tempoh enam minggu untuk membentuk kerajaan campuran yang baru.

Partinya menguasai 31 kerusi daripada 120 kerusi parlimen. Netanyahu memerlukan sokongan 61 orang ahli parlimen untuk mengetuai dan membentuk kerajaan campuran nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain