suria

Bapa Biar Anak Lelaki Dalam Kereta Selama Lapan Jam

COLONIE, New York: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang meninggalkan anak lelakinya berusia setahun di dalam kereta selama lapan jam dengan keadaan sejuk hanya menyedari perkara itu selepas menerima panggilan telefon daripada isterinya.

Polis New York berkata, lelaki tersebut terlupa untuk menyinggahkan anaknya di taska.

Malah kanak-kanak itu turut dibiarkan berseorangan di tempat duduk belakang kereta yang diletakkan di pejabatnya pada pagi Khamis.

Pegawai berkata, lelaki tersebut menerima panggilan daripada isterinya pada sebelah petang yang bertanyakan mengenai anak mereka.

Dia menelefon ambulans dan kanak-kanak itu dibenarkan keluar dari hospital.

Polis memberitahu kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis pada Jumaat berkata mereka belum menentukan sama ada bapa kanak-kanak itu akan didakwa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain