suria

Permaisuri Belanda Beatrix Yakin Anaknya, Willem- Alexander Mampu Pikul Tanggungjawab Sebagai Raja

Permaisuri Belanda Beatrix - foto AP
Permaisuri Belanda Beatrix - foto AP
Permaisuri Belanda Beatrix - foto AP

AMSTERDAM: Permaisuri Belanda, Beatrix Wilhelmina Armgard yang memasuki usia 75 tahun pada Khamis, mengumumkan menyerahkan mahkota kepada anaknya Putera Willem-Alexander selepas tiga dekad memegang takhta tersebut.

Willem-Alexander, 45, akan mengangkat sumpah sebagai raja pada 30 April telah berkahwin dengan Puteri Maxima, dari Argentina, dan mempunyai tiga orang anak.

Bercakap dalam keadaan tenang dalam siaran televisyen Beatrix, berkata beliau telah mengambil keputusan itu kerana merasakan Willem-Alexander sudah bersedia untuk mengambil tempat beliau.

"Saya tidak meletak jawatan kerana tugas kini semakin berat, tetapi tanggungjawab negara ini harus diwariskan kepada generasi baru," katanya.

"Dengan keyakinan yang tinggi pada 30 April tahun ini, saya menyerahkan tanggungjawab ini kepada anak saya, dan Puteri Maxima sudah sepenuhnya bersedia untuk tugas-tugas masa depan mereka."

Keputusan tersebut mendapat sokongan rakyat Belanda.

"Dia seorang yang kuat, bekerja keras tetapi adalah baik kini memberi ruang kepada generasi muda," kata Mandy, yang berusia 26-tahun bekerja sebagai seorang setiausaha di Amsterdam.

Seorang raja berperlembagaan, Belanda telah mengurangkan penglibatan Dewan Diraja dalam politik.

Ratu telah mengambil bahagian dalam membentuk pakatan kerajaan dengan melantik pengantara, peranan yang dibangkitkan soalan mengenai pengaruh yang tidak wajar pada proses demokrasi dan yang telah dimansuhkan tahun lepas.

Sumber yang rapat dengan keluarga diraja berkata Beatrix tidak mahu melepaskan takhtanya itu sehingga dia merasakan anaknya benar-benar bersedia dan cukup matang. -Reuters

Artikel Sebelum

NASA Lancar Satelit Komunikasi

Artikel Berikut

Artikel Lain