suria

John Kerry Disahkan Sebagai Setiausaha Negara AS Baru

Senator John Kerry selepas diumumkan sebagai Setiausaha Negara AS yang baru.
Senator John Kerry selepas diumumkan sebagai Setiausaha Negara AS yang baru.
Senator John Kerry selepas diumumkan sebagai Setiausaha Negara AS yang baru.

WASHINGTON: Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pelantikan Senator John Kerry sebagai Setiausaha Negara (Menteri Luar) AS yang baru.

Pelantikan Kerry dibuat bagi menggantikan Hillary Rodham Clinton apabila beliau meletakkan jawatan selepas empat tahun berkhidmat.

Undi yang diperolehi Kerry adalah 94-3, iaitu beberapa jam selepas Jawatankuasa Hubungan Luar meluluskan pencalonannya menerusi undi suara.

Perlembagaan AS memperuntukkan kuasa pengesahan jawatan kabinet di tangan jawatankuasa senat selepas presiden mencalonkan pemimpin pilihannya.

Secara tradisinya, jawatan setiausaha negara adalah merupakan jawatan keempat terpenting dalam sistem pentadbiran AS selepas presiden, naib presiden dan speaker dewan senat. AP

Artikel Sebelum

NASA Lancar Satelit Komunikasi

Artikel Berikut

Artikel Lain