suria

Morsi isytihar Darurat Di Tiga Wilayah

KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengisytiharkan darurat di tiga wilayah yang dilanda tunjuk perasaan apabila puluhan orang dilaporkan mati.

Beliau turut memberi amaran bahawa pihaknya akan mengambil tindakan untuk mengekang ancaman terhadap keselamatan negara berkenaan.

Ketika berucap menerusi televisyen negara itu, Morsi berkata, langkah darurat itu dilakukan terhadap wilayah di Pelabuhan Said, Suez dan Ismailiya selama 30 hari bermula tengah malam tadi.

Langkah berkenaan diwajibkan di tiga wilayah terbabit bermula dari jam 9 malam hingga 6 pagi sambil memberi amaran pihaknya akan bertindak menyekat ancaman terhadap keselamatan negara itu sekiranya perlu.

Morsi juga mengundang pemimpin politik pembangkang untuk mengadakan perbincangan bagi memulihkan hubungan di negara bergolak itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain