suria

Pesawat Bawa Tiga Warga Kanada Hilang Di Antartika

WELLINGTON (New Zealand): Cuaca buruk memaksa krew menyelamat di Antartika menangguhkan usaha mencari pesawat kecil yang membawa tiga warga Kanada sehingga Jumaat, apabila ia didapati hilang di kawasan banjaran gunung.

Pesawat itu terbang dari stesen di Amerika Syarikat (AS) berhampiran Kutub Selatan menuju pangkalan penyelidikan Itali di Terra Nova Bay.

Isyarat kecemasan dihantar kira-kira pukul 10 malam, Rabu, di pergunungan Queen Alexandra kira-kira 450 kilometer (280 batu) dari kutub utara, iaitu pertengahan perjalanan sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

Pihak berkuasa menjangkakan ia terhempas.

Isyarat kecemasan terus dihantar pada Khamis dan krew menyelamat menghabiskan masa kira-kira lima jam terbang mengelilingi tapak menggunakan pesawat DC3.

Bagaimanapun, awan berat dan angin kuat menghalang pasukan penyelamat daripada melihat pesawat atau cuba mendaratkan helikopter.

Pihak berkuasa dari New Zealand, Kanada, AS dan Itali akan mencuba lagi usaha mencari dan menyelamat pesawat pada Jumaat.

Ia membawa peralatan survival termasuk khemah dan makanan.

"Keadaan cuaca amat mencabar," kata Koordinator Misi Menyelamat, JOhn Ashby dalam satu kenyataan Khamis.

Beliau berkata kelajuan angin mencapai 90 knot (104 batu sejam) dan salji lebat diramalkan.

Beberapa pesawat dan helikopter telah bersedia di Antartika, menunggu sehingga keadaan baik supaya mereka boleh pergi ke kawasan berkenaan.

Ashby berkata cuaca buruk juga diramalkan untuk tempoh 12 jam akan datang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

202 Juta Penganggur Tahun Ini

Artikel Lain