suria

Nenek Didakwa Cederakan Kanak-Kanak, Bebas Dengan Jaminan RM1.5 Juta

CAMBRIDGE, Massachusetts: Seorang nenek warga Ireland di Amerika Syarikat (AS) boleh didakwa atas kesalahan membunuh selepas seorang kanak-kanak berusia setahun mengalami kecederaan ketika dibawah jagaannya.

McCarthy Brady dibebaskan dengan jaminan $500,000 (RM1.5 juta) selepas mengaku tidak bersalah pada Selasa atas dakwaan mencederakan kanak-kanak tersebut.

Pihak pendakwa berkata tuduhan ke atasnya boleh menjadi lebih teruk selepas pemeriksaan autopsi dilakukan terhadap Rehma Sabir.

Rehma dimasukkan ke hospital pada 14 Januari akibat kecederaan teruk di kepala.

Dia meninggal dunia dua hari kemudian.

Pihak berkuasa berkata, Brady merupakan satu-satunya individu yang bersama Rehma ketika insiden itu berlaku.

Peguam yang mewakili Brady bagaimanapun berkata, kecederaan seperti itu boleh berlaku pada bila-bila masa.

Jabatan Imigresen AS memberitahu Brady tiba dari Ireland pada 2002 dan hanya dibenarkan untuk berada di negara itu selama 90 hari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

202 Juta Penganggur Tahun Ini

Artikel Lain