suria

Perbicaraan Kes Rogol Berkumpulan Di India Bermula Khamis Ini

NEW DELHI: Perbicaraan lima lelaki yang dituduh membunuh dan merogol seorang pelajar di dalam sebuah bas di New Delhi akan bermula Khamis ini.

Menurut Hakim Yogesh Khanna, tidak sepatutnya berlaku kelewatan dalam perbicaraan kes yang sering dikaitkan dengan sistem kehakiman negara itu.

Beliau turut menafikan usul pihak pembelaan yang mahukan perbicaraan ini didengar secara terbuka dan memerintahkan bilik mahkamah ditutup kerana wujudnya perkara sensitif berkaitan kes.

Perbuatan ganas lima lelaki terbabit mencetuskan tunjuk perasaan selama berminggu-minggu dan India mendapat perhatian masyarakat dunia yang jarang membincangkan keganasan terhadap wanita.

Pelajar berusia 23 tahun itu diterbangkan ke Singapura pada 27 Disember lalu selepas diserang lima lelaki dalam sebuah bas yang dinaikinya pada 16 Disember.

Mangsa dilaporkan dirogol dan dipukul dengan batang keluli sebelum dicampakkan keluar dari bas tersebut.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada 29 Disember lalu di hospital Singapura selepas mengalami kerosakan organ yang teruk, termasuk otak.

Artikel Sebelum

Tiga Ditembak Di Texas

Artikel Berikut

Artikel Lain