suria

Krisis Tebusan: 37 Rakyat Asing Disahkan Maut

ALGIERS: Perdana Menteri Algeria, Abdelmalek Sellal berkata, 37 rakyat asing dari lapan negara terbunuh dalam krisis tebusan di kilang pemprosesan minyak di In Amenas di negara ini.

Beliau berkata, seorang rakyat Algeria terbunuh manakala lima rakyat asing masih belum dapat dikesan selepas kejadian tebusan tersebut.

Jumlah itu diumumkan lewat malam Isnin ketika kerajaan mendedahkan angka kematian pertama krisis yang berlangsung selama empat hari tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kewarganegaraan mangsa-mangsa tebusan yang terbunuh itu.

Artikel Sebelum

Tiga Ditembak Di Texas

Artikel Berikut

Artikel Lain