suria

Helikopter Terhempas Ragut Nyawa Juruterbang

Keadaan helikopter yang terhempas di kawasan perumahan di Sao Paulo, Brazil pada Selasa.
Keadaan helikopter yang terhempas di kawasan perumahan di Sao Paulo, Brazil pada Selasa.
Keadaan helikopter yang terhempas di kawasan perumahan di Sao Paulo, Brazil pada Selasa.

SAO PAULO: Pihak berkuasa Brazil mengesahkan sebuah helikopter terhempas di atas sebuah rumah di Sao Paulo menyebabkan seorang juruterbang maut manakala tiga penumpang lagi cedera parah.

Namun, punca nahas masih tidak dapat dipastikan.

Ketika nahas, hujan gerimis melanda Sao Paulo, namun tiada laporan mengatakan hujan lebat berlaku semasa musim panas Amerika Selatan itu.

Seorang jurucakap tentera udara Brazil berkata, pesawat yang terhempas adalah helikopter Bell 206 yang boleh membawa sehingga tujuh penumpang dan seorang juruterbang.

Helikopter itu beroperasi sebagai teksi udara yang digunakan sebagai satu cara untuk memintas jalan darat yang sesak.

Artikel Sebelum

Tiga Ditembak Di Texas

Artikel Berikut

Artikel Lain