suria

Salji Tebal, Lapangan Terbang Heathrow Batal Penerbangan Kelima Ke Paris

Lapangan Terbang Heathrow, London diliputi salji tebal.
Lapangan Terbang Heathrow, London diliputi salji tebal.
Lapangan Terbang Heathrow, London diliputi salji tebal.

LONDON/PARIS: Lapangan Terbang Heathrow, London membatalkan penerbangan kelimanya ke Paris pada Ahad apabila sebahagian besar negara di Eropah diliputi salji tebal.

Syarikat penerbangan Perancis turut meramalkan lebih banyak pembatalan pesawat akan dilakukan pada Isnin.

Heathrow Ltd berkata, jadual penerbangan yang telah dikurangkan itu akan membantu dalam menangani keadaan salji tanpa melakukan lebih banyak pembatalan penerbangan.

Ketika salji terus melanda negara itu pada Ahad, pengendali lapangan terbang itu berkata, jadual penerbangan pada Isnin akan dikurangkan kepada 10 peratus.

Jumlah tersebut mungkin akan meningkat, bergantung kepada keadaan cuaca di lapangan terbang seluruh Eropah.

Pengendali lapangan terbang di Paris, ADP berkata, syarikat penerbangan membatalkan kira-kira 40 peratus daripada penerbangan masuk dan keluar dari dua lapangan terbang utama di pinggir kota Paris, Charles de Gaulle dan Orly.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain