suria

Korea Utara Longgarkan Syarat Penggunaan Telefon Mudah Alih Asing

PYONGYANG, Korea Utara: Korea Utara kini melonggarkan beberapa syarat berhubung telefon mudah alih asing dengan membenarkan pelawat untuk membawa masuk telefon mereka sendiri ke negara itu.

Bagaimanapun, peraturan keselamatan masih lagi melarang panggilan telefon mudah alih antara warga asing dan rakyat tempatan.

Sejak bertahun-tahun, Korea Utara meminta para pelawat supaya meninggalkan telefon mudah alih di sempadan sehingga pelepasan mereka, yang mengakibatkan kebanyakan pelancong sukar untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

Amalan meninggalkan telefon itu merupakan sebahagian daripada pemeriksaan keselamatan yang menyeluruh yang akan dihadapi kebanyakan pelawat di bahagian imigresen di Korea Utara.

Ramai pelawat, termasuk Eric Schmidt, yang merupakan Pengerusi Eksekutif Google, yang berkunjung ke Korea Utara awal bulan ini, memilih untuk meninggalkan telefonnya di Beijing sebelum berlepas ke Pyongyang.

Kini, warga asing boleh membawa telefon yang diiktirafkan untuk masuk ke negara itu dan memberi kad Sim untuk digunakan di Korea Utara atau menyewa satu telefon dengan kad Sim yang membolehkan mereka menghubungi kebanyakan negara asing, kedutaan asing di Pyonyang, dan hotel-hotel antarabangsa di ibu negara Korea Utara, menurut penyedia perkhidmatan telefon mudah alih 3G, Koryolink.

Bagaimanapun, warga asing tidak dibenarkan berkomunikasi dengan rakyat tempatan menggunakan telefon mudah alih, yang mana perkhidmatan rangkaian mereka dikendalikan oleh rangkaian yang berbeza, dan mereka tidak mempunyai akses kepada Internet menggunakan kad Sim itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain