suria

Kompleks Gas Di Amenas Beroperasi Dua Hari Lagi

ALGIERS: Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) Amenas yang ditutup selepas kumpulan militan menyerang dan menawan tebusan pekerja asing, akan dibuka dalam tempoh dua hari lagi, kata Menteri Tenaga, Youcef Yousfi pada Ahad.

"Pekerja mula kembali ke kompleks dan loji gas itu akan beroperasi semula dalam tempoh dua hari lagi," katanya.

Youcef berkata demikian semasa melawat Kompleks Tiguentourine, kira-kira 40 kilometer dari bandar In Amenas.

"Kami akan mempertingkatkan kawalan keselamatan," katanya.

Beliau berkata, Algiers tidak akan menerima sebarang bantuan daripada luar atau kehadiran pasukan keselamatan asing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain