suria

Cuaca Panas Di Sydney Australia Catat Angka Tertinggi Dalam Tempoh 150 Tahun

SYDNEY: Suhu di bandar terbesar Australia ini pada Jumaat telah mencatatkan satu rekod baru iaitu mencecah 45.8 darjah selsius - yang tertinggi dalam tempoh 150 tahun.

Walaupun sebahagian besar benua di dunia termasuk di Eropah, Jepun dan juga Timur Tengah dilanda cuaca sejuk yang terburuk dalam tempoh sedekad ini tetapi di Australia keadaan adalah sebaliknya.

Rekod cuaca paling panas yang dicatatkan di Sydney Australia sebelum ini ialah setinggi 45.3 darjah Selsius pada Januari 1939.

Kiraan suhu buat pertama kalinya disukat di sini pada tahun 1859.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain