suria

Britain Di Landa Kekecohan Ekoran Salji Tebal

LONDON: Lebih 10,000 penghuni terpaksa bertahan di dalam kesejukan tanpa bekalan elektrik di sini manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow terpaksa menutup salah satu landasan utamanya selepas salji tebal melitupi sebahagian besar ibu kota Britain ini.

Menurut catatan rasmi, salji setebal lapan inci (19cm) telah menutupi sebahagian besar kawasan di Britain seawal jam 9 pagi lagi manakala Jabatan Pendidikan Daerah dan Wilayah mengeluarkan arahan menutup lebih 2,000 buah sekolah di seluruh negara.

Sebahagian besar penerbangan dan jadual perjalanan kereta api juga terpaksa dibatalkan.

Selain Heathrow, beberapa lagi lapangan terbang utama Britain yang terjejas teruk ialah Cardiff, Bristol dan Jersey.

Ketiga-tiga lapangan terbang itu akhirnya terpaksa ditutup langsung ekoran salji tebal.

Di Lapangan Terbang Newcastle, Southampton dan Glasgow pula, sebahagian besar penerbangan domestik terpaksa dibatalkan atau ditunda sehingga landasan berjaya dibersihkan dari timbunan salji.

Keseluruhannya lebih kurang 70 penerbangan telah dibatalkan di Heathrow.

Lebuh raya utama M4 telah ditutup di Bristol dan Bridgend manakala Lebuh raya M50 turut di tutup di Herefordshire.

Di Wales yang merupakan negeri yang paling teruk dilanda salji, 1,100 buah sekolah telah diarah tutup pada saat para pelajar A-level dan AS-level menduduki peperiksaan mereka hari ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain