suria

Banjir Di Jakarta: 11 Maut, Dua Hilang

JAKARTA: Banjir yang melanda ibu negara Indonesia, Jakarta menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang maut dan dua lagi hilang, kata pihak berkuasa pada Jumaat.

Banjir terburuk di ibu negara itu dalam tempoh lima tahun menyebabkan seramai 18,000 orang dipindahkan dari kediaman mereka, kata agensi bencana negara itu, di mana kebanyakannya ditempatkan di rumah perlindungan.

“Banjir berlaku sehingga sekarang sejak 15 Januari, 11 orang meninggal dunia, di mana lima daripadanya terkena renjatan elektrik,” kata jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.

Antara yang maut adalah dua kanak-kanak berusia dua tahun dan 1e tahun, kata Nugroho, sambil menambah walaupun banjir mulai surut, tetapi lapan peratus ibu negara itu masih lagi dibanjiri air dan status darurat di bandar itu diteruskan sehingga 27 Januari. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain