suria

Penumpang Rempuh Trak Di Nigeria, 14 Terbunuh

KANO: Seramai 14 penumpang terbunuh dan empat lagi cedera parah selepas bas yang mereka naiki merempuh sebuah trak sebelum terbakar di utara Nigeria pada Rabu.

Pengarah Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Nigeria, Usman Masari berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi (1.30 petang waktu Malaysia, Rabu).

Bas yang membawa 18 penumpang itu dilaporkan hilang kawalan selepas merempuh sebuah trak yang diletakkan di tepi jalan.

Katanya, kemalangan tersebut berlaku berdekatan pekan Potiskum, ibu negeri Yobe.

Bas tersebut terbakar selepas kemalangan itu, menyebabkan 14 orang terbunuh manakala empat lagi mengalami kecederaan parah," katanya.

Artikel Lain