suria

Pemimpin Baju Merah Dihukum Penjara Kerana Hina Raja

BANGKOK: Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang pemimpin pergerakan politik Baju Merah kerana menghina pemerintahan beraja.

Mahkamah pada Khamis menetapkan keputusan itu terhadap Yoswarit Chuklom, 54, yang membuat ucapan menghina pemerintahan beraja di sebuah perhimpunan politik pada 2010.

Penunjuk perasaan Baju Merah berhimpun di sepanjang jalan pada 2010 mengenai bantahan politik yang mengakibatkan kematian akibat pertempuran dengan kumpulan tentera.

Yoswarit merupakan salah seorang daripada pemimpin kumpulan itu.

Beliau ketika ini merupakan seorang penasihat kepada menteri Kabinet.

Yoswarit memohon supaya diikat jamin dan mengemukakan rayuan.

Undang-undang Thailand menetapkan hukuman penjara maksimum 15 tahun terhadap sesiapa yang “memfitnah, menghina atau mengancam raja, permaisuri, pemangkunya.” - AP

Artikel Lain