suria

Rajapaksa Lantik Bekas Penasihat Undang-Undang Ganti Ketua Hakim Dipecat

COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa melantik seorang pembantu yang dipercayainya untuk menggantikan Ketua Hakim yang dipecat.

Bagaimanapun, beberapa peguam dan pemimpin pembangkang menyifatkan pelantikan itu sebagai salah di sisi undang-undang.

Mohan Peiris yang juga pesara Peguam Negara dan penasihat undang-undang kepada Kabinet mengangkat sumpah selaku ketua hakim pada Selasa.

Pada Ahad, Rajapaksa memecat Ketua Hakim Shirani Bandaranayake selepas jawatankuasa parlimen mendapati dia bersalah kerana menyalahgunakan kuasanya.

Bandaranayake menafikan dakwaan itu dan menyalahkan tribunal tersebut kerana tidak memberikannya sesi pendengaran yang adil.

Mahkamah menerima permintaannya itu tetapi presiden dan parlimen pula melakukan bantahan.

Artikel Lain