suria

Masalah Bateri, Pesawat Jepun Buat Pendaratan Cemas

TOKYO: Sebuah penerbangan All Nippon Airways (ANA) membuat pendaratan cemas di barat Jepun pada pagi Rabu selepas mesej kokpit menunjukkan terdapat masalah bateri, yang merupakan masalah terbaru bagi Boeing 787 “Dreamliner”.

Butiran masalah sedang diperiksa, kata jurucakap ANA, Takuya Taniguchi selepas penerbangan dari Ube ke Tokyo itu mendarat di lapangan terbang Takamatsu, di mana Stesen Televisyen NTV melaporkan para penumpang perlu melakukan peluncuran kecemasan untuk keluar dari pesawat itu.

Lapangan terbang itu ditutup sementara.

Pesawat ANA 787 menghadapi beberapa masalah dalam tempoh dua minggu lalu, walaupun tiada kecederaan dilaporkan.

Taniguchi berkata, syarikat penerbangan itu belum bersedia untuk mengulas mengenai masalah yang berlaku pada pesawat 878.

Beliau tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian pada Rabu, walaupun media tempatan melaporkan terdapat asap boleh dilihat dalam pesawat. – AP

Artikel Lain