suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kutipan Cukai Pendapatan 2012 China Meningkat

BEIJING: China berjaya mengumpulkan 11.07 trilion yuan (US$1.76 trilion) untuk pendapatan cukai tahun lepas, meningkat 11.2 peratus, tahun-atas-tahun.

Kutipan duti eksport mengukuh 13.3 peratus kepada 1.04 trilion yuan, demikian menurut data oleh Pentadbiran Percukaian Negara.

Bagaimanapun, kutipan cukai pendapatan persendirian merosot lapan peratus sementara cukai pendapatan perniagaan individu turun 12.5 peratus, katanya dalam laporan yang disiarkan oleh agensi berita Xinhua.

Agensi itu melaporkan yang kerajaan China telah membuat usaha ke atas pengurangan cukai sejak beberapa tahun lepas untuk merancakkan ekonomi negara.

Pendapatan itu tidak termasuk duti kastam dan cukai tan kapal, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain