suria

Satu Kematian, 900 Cedera Dalam Salji Buruk Di Jepun

TOKYO: Salji terburuk yang melanda timur Jepun pada hujung minggu lalu mengakibatkan seorang lelaki mati dan 900 yang lain cedera, di Tokyo Selasa.

Seorang lelaki 71 tahun di Shiojiri bandar, wilayah Nagano, meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam longkang terbuka kerana membersihkan salji sekitar rumahnya, kata jurucakap perkhidmatan bomba.

Berita tempatan NHK berkata sekurang-kurangnya 891 kecederaan telah direkodkan di Tokyo dan kawasan sekitar, ramai daripada mereka orang tua yang jatuh di jalan-jalan yang diliputi salji atau pemandu yang terlibat dalam kemalangan.

Perkhidmatan kereta api utama meneruskan operasi di Tokyo, walaupun banyak bahagian jalan ditutup.

All Nippon Airways dan Japan Airlines membatalkan sebanyak 37 penerbangan domestik manakala berpuluh-puluh penerbangan lain mengalami kelewatan. -AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain