suria

Rusia Lancar Roket Tanpa Angkasawan Ke Bulan Pada 2015

MOSCOW: Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) akan menghantar kapal angkasa lepas tanpa angkasawan ke bulan pada 2015.

Ketua Roscosmos, Vladimir Popovkin pada Selasa berkata, kapal tersebut akan membawa peralatan saintifik seberat 25 kilogram yang akan mencari dan mengambil sampel air dan tanah.

Katanya, kapal tanpa angkasawan itu akan dilancarkan dari tapak pelancaran terbarunya di kawasan Timur Jauh negara tersebut.

Presiden Vladimir Putin berikrar untuk melaburkan $1 bilion dalam membina tapak pelancaran di wilayah Amur tidak jauh dari sempadan China.

Sebelum ini, Rusia pernah melancarkan misi ke angkasa tanpa angkasawan pada 1973.

Artikel Berikut

Artikel Lain